English | Bahasa Malaysia

Selamat Datang, Log-masuk

Login to Your Account

Enter you user id and password to sign in

Kriteria Permohonan – BEF

Kriteria Permohonan

Kriteria asas: kelayakan

  • Syarikat ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
  • Syarikat mestilah dimiliki sekurang-kurangnya 60% oleh Bumiputera pada masa permohonan. Pemilikan ekuiti korporat dalam syarikat tidak boleh melebihi 30%.
  • Bagi syarikat yang 100% dimilki korporat, ekuiti Bumiputera yang berkesan dalam syarikat induk mestilah sekurang-kurangnya 51%.
  • Sekiranya permohonan BEF diluluskan, pemilikan ekuiti Bumiputera mesti dipegang selama tempoh 6 tahun dari pelaksanaan Perjanjian Dana.
  • Syarikat mestilah merupakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mengikut garis panduan definisi PKS terkini oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan.
  • Projek dicadangkan mesti memberikan penekanan pada pengembangan operasi perniagaan syarikat.
  • Projek yang dicadangkan untuk pengembangan mesti merupakan sektor perkilangan / perkhidmatan berasaskan teknologi dari mana-mana Kluster Teknologi Keutamaan berikut: –
    • Bioteknologi
    • Teknologi hijau
    • Minyak dan gas
    • Elektrik dan Elektronik
    • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
    • Nanoteknologi
    • Teknologi makanan
    • Bahan termaju
    • Pembuatan termaju
    • Teknologi boleh diperbaharui alternatif
  • Pendapatan terkini syarikat tercatat dalam akaun teraudit terkini mesti sekurang-kurangnya RM 5 juta.
  • Syarikat mesti menunjukkan minimum tiga tahun keuntungan dalam tempoh operasilima tahun yang lalu dinyatakan dalam akaun yang teraudit.
  • Nisbah penggearan syarikat (Hutang kepada Ekuiti) tidak boleh melebihi 5 kali pembiayaan pasca BEF.

Terma dan Syarat | Dasar MTDC | Peta Laman

Offical Website / Laman Rasmi Malaysian Technology Development Corporation © 2017