English | Bahasa Malaysia

Selamat Datang, Log-masuk

Login to Your Account

Enter you user id and password to sign in

Pemegang Saham

khazanahLogoLowRes

Khazanah Sekilas Pandang

Khazanah Nasional merupakan cabang pemegang pelaburan Kerajaan Malaysia dan diberi kuasa sebagai pelabur strategik kerajaan dalam industri dan pasaran baru. Sebagai pemegang amanah kepada aset komersil negara, objektif utama Khazanah adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan membuat pelaburan strategik bagi pihak kerajaan yang akan menyumbang ke arah pembangunan negara.

Khazanah juga ditugaskan untuk memelihara pembangunan industri strategik terpilih di Malaysia dengan matlamat untuk mencapai kepentingan jangka panjang ekonomi negara.

Khazanah mempunyai pelaburan dalam lebih 50 syarikat-syarikat besar di Malaysia dan di luar negara, dan syarikat tersebut terlibat dalam spektrum industri yang luas.

Khazanah juga merupakan agensi utama yang diberi mandat untuk memacu pembentukan nilai pemegang saham, keuntungan kecekapan dan meningkatkan tadbir urus korporat dalam syarikat-syarikat yang dikawal oleh kerajaan, yang dikenali sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC.

Terma dan Syarat | Dasar MTDC | Peta Laman

Offical Website / Laman Rasmi Malaysian Technology Development Corporation © 2017