English | Bahasa Malaysia

Selamat Datang, Log-masuk

Login to Your Account

Enter you user id and password to sign in

Pengarah

directors1

Datuk Siti Hadzar binti Mohd Ismail

Dilantik sebagai ahli Lembaga MTDC pada 30 Mac 2002 dan Pengerusi Lembaga MTDC.

Beliau memegang Ijazah Sarjana dalam Analisis Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dalam Pembangunan Ekonomi daripada Williams College, Amerika Syarikat.

Pada masa ini, Datuk Siti Hadzar ialah Penasihat kepada Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.

directors9 Tan Sri Abd. Rahman bin Mamat

Dilantik sebagai ahli Lembaga MTDC pada 5 Mac 2012.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Program Pengurusan Lanjutan (AMP 167) dari Harvard Business School di Boston, Amerika Syarikat.

Beliau adalah ahli Lembaga Audit & Pengurusan Risiko dan Jawatankuasa Pemilihan dan Imbuhan MTDC. Tan Sri adalah Pengerusi Majlis Logistik Asia Sdn Bhd.

Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya 

Dilantik sebagai ahli Lembaga MTDC pada 6 Oktober 2016.

Beliau memperolehi PhD dalam Perindustrian dan Psikologi Organisasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2004), MA dari Universiti New Haven Connecticut (1993) dan BA dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1983.

Datuk Seri Dr. Mohd Azhar kini merupakan Setiausaha Agung Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

directors3

Yeoh Keat Seng

Dilantik sebagai ahli Lembaga MTDC pada 21 September 2004.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Singapura selain menjadi Penganalisis Kewangan Bertauliah dan Perancang Kewangan Bertauliah.

Keat Seng adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan MTDC dan Pengurus Dana Kanan Kumpulan Sentiasa Cemerlang Sdn Bhd.

directors5

Amirul Fares bin Wan Zahir

Dilantik sebagai ahli Lembaga MTDC pada 13 Oktober 2005.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengajian Aktuari dari Macquarie University, Australia dan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dalam Penyelidikan Operasi dari University of Technology, Sydney.

Beliau juga merupakan Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA) dan Ahli Bersekutu Persatuan Aktuari (ASA). Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pelaburan MTDC.

Amirul Fares adalah Ketua Pegawai Eksekutif Xeraya Capital Sdn Bhd.

directors7

Christina Foo

Dilantik sebagai ahli Lembaga MTDC pada 6 September 2009.

Beliau adalah Pengasas dan Pengarah Urusan Priority One Consultancy Services.

Beliau juga menjadi ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia di mana beliau juga mempengerusikan Jawatankuasa Lembaga Audit & Pengurusan Risiko.

Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Industri Sunway University Business School dan Badan Perhubungan The Mines Resort and Golf Club.

directors8 Khoo Boo Seng

Dilantik sebagai ahli Lembaga MTDC pada 2 Januari 2012.

Khoo berkelulusan BA (Hons) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini merupakan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

directors4

 Dato’ Norhalim Bin Yunus

Dilantik sebagai ahli Lembaga MTDC pada 2 Jun 2008.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Hayat dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dato’ Norhalim adalah ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran serta Jawatankuasa Pelaburan MTDC. Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif MTDC.

 

Terma dan Syarat | Dasar MTDC | Peta Laman

Offical Website / Laman Rasmi Malaysian Technology Development Corporation © 2017