English | Bahasa Malaysia

Selamat Datang, Log-masuk

Login to Your Account

Enter you user id and password to sign in

Pengenalan – BEF

Dana Pengembangan Perniagaan (BEF) telah diperkenalkan bagi membantu entiti perniagaan berasaskan teknologi Bumiputera untuk mengembangkan operasi mereka di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Dana menawarkan gabungan ekuiti dan pembiayaan berasaskan pinjaman.

 

Bahagian ekuiti akan ditawarkan menerusi langganan RCPS (Penebusan Saham Keutamaan Boleh Tukar) tanpa apa-apa cagaran dan kadar kupon atau faedah untuk tempoh 5 tahun.

 

Walau bagaimanapun, pemohon akan diminta untuk membayar jumlah penuh bersama-sama dengan IRR 10% pada tahun kelima atau menebus RCPS pada masa yang telah dipilih pemohon. Jumlah pinjaman akan dinaikkan melalui penyertaan daripada bank perdagangan atau bank pilihan anda dengan bantuan MTDC. RCPS juga boleh ditukar kepada saham biasa.

 

Jumlah maksimum pembiayaan dari bahagian ekuiti adalah sebanyak RM 10 juta untuk pengembangan tempatan dan RM 15 juta untuk pengembangan antarabangsa. Dengan penambahan pembiayaan berasaskan pinjaman, dana boleh membiayai kos pengembangan perniagaan sehingga RM 30 juta hingga RM 45 juta.

 

Sektor-sektor perniagaan yang layak untuk BEF mestilah berasaskan teknologi dan terlibat dalam salah satu daripada Kelompok Teknologi Keutamaan dikenal pasti oleh MOSTI, iaitu bioteknologi, teknologi hijau, minyak dan gas, elektrik dan elektronik, teknologi maklumat dan komunikasi, teknologi nano dan teknologi makanan.

 

Dana ini disasarkan kepada syarikat-syarikat yang berada di peringkat pengembangan dengan pendapatan minimum RM 5 juta ke atas. Aktiviti pengembangan yang dicadangkan harus mampu menunjukkan potensi pertumbuhan yang kukuh bagi tempoh 5 tahun akan datang.

 

Syarikat berasaskan teknologi TERAS TERAJU akan diberi keutamaan.

Terma dan Syarat | Dasar MTDC | Peta Laman

Offical Website / Laman Rasmi Malaysian Technology Development Corporation © 2017