English | Bahasa Malaysia

Selamat Datang, Log-masuk

Login to Your Account

Enter you user id and password to sign in

Pengenalan HTDF

Apakah itu Dana Pembangunan Teknologi Halal (Dana Halal)?

Dana Pembangunan Teknologi Halal (Dana Halal) diwujudkan khusus untuk membimbing dan membiayai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi pertumbuhan jangka panjang yang berorientasikan eksport melalui aktiviti patuh syariah.

Fokus utama Dana Halal ialah untuk menyediakan akses kepada syarikat-syarikat IKS kepada khidmat nasihat dan rangkaian perniagaan yang terbaik. Aktiviti-aktiviti lain termasuklah pembangunan produk dan proses halal, perkhidmatan dan pematuhan peraturan. Kesemua ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengatasi halangan dan kekangan untuk membawa produk halal / perkhidmatan ke pasaran.

Dana Halal juga membuka peluang kepada syarikat-syarikat untuk mewujudkan perkongsian inovasi dengan universiti / institusi penyelidikan / agensi berkaitan halal atau pembekal penyelesaian untuk menangani cabaran-cabaran teknikal di dalam pembangunan produk / perkhidmatan halal yang baharu.

 

OBJEKTIF

Objektif-objektif Dana Halal adalah:

  • Untuk meningkatkan sumbangan ekonomi IKS sektor Halal melalui pengeksportan produk/perkhidmatan halal.
  • Untuk membangun, memupuk dan meningkatkan penyertaan IKS dalam perniagaan berasaskan industri halal.
  • Untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam industri halal.
  • Untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran produk dan perkhidmatan halal untuk pasaran antarabangsa.

 

Dana Halal terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu: Dana Halal 1 dan Dana Halal 2.

 

DANA HALAL 1

Dana Halal 1 adalah pembiayaan fleksibel yang merangkumi geran dan nota janji boleh tukar. Ia khusus untuk syarikat-syarikat IKS kecil dan sederhana untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan halal bagi pasaran tempatan.

Kriteria Kelayakan Bagi Dana Halal 1

  • Syarikat Kecil dan Sederhana (IKS)
  • Syarikat diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
  • Pegangan saham mestilah sekurang-kurangnya 60% oleh rakyat Malaysia.
  • Syarikat telah mendapat pensijilan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Bukan anak syarikat berkaitan Kerajaan atau syarikat multinasional.

Kuatum Pembiayaan

Dana Halal 1 menyediakan pembiayaan fleksibel yang merangkumi geran dan nota janji boleh tukar sehingga RM2 juta maksimum.

Perbelanjaan Yang Dibenarkan

  • Yuran perundingan dan latihan teknikal.
  • Kos pensijilan dan pematuhan standard.
  • Pembangunan penjenamaan produk, pembungkusan, pelabelan, pematuhan keselamatan dan pasaran / keutamaan demografi.
  • Yuran pemindahan teknologi.
  • Peralatan, jentera, automasi dan mekanisasi.
  • Bahan mentah.
  • Bayaran penyenaraian produk.
  • Khidmat nasihat kewangan, perniagaan, teknikal dan pemasaran.

Tempoh masa projek

Enam (6) tahun iaitu dua (2) tahun untuk fasa pelaksanaan dan empat (4) tahun untuk bayaran balik.

 

DANA HALAL 2

Dana Halal 2 adalah pembiayaan fleksibel yang merangkumi geran dan nota janji boleh tukar. Ia khusus untuk syarikat-syarikat IKS sederhana untuk mengembangkan syarikat ke tahap lebih besar dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini di dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan halal bagi pasaran antarabangsa.

Kriteria Kelayakan Bagi Dana Halal 2

  • Syarikat IKS
  • Syarikat diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
  • Pegangan saham mestilah sekurang-kurangnya 60% oleh rakyat Malaysia.
  • Syarikat telah mendapat pensijilan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Bukan anak syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) atau syarikat multinasional (MNC).
  • Produk atau perkhidmatan yang telah pun dieksport.

 

Kuatum Pembiayaan

Dana Halal 2 menyediakan pembiayaan fleksibel yang merangkumi geran dan nota janji boleh tukar sehingga RM4 juta maksimum.

 

Perbelanjaan Yang Dibenarkan

  • Yuran perundingan dan latihan teknikal.
  • Kos pensijilan dan pematuhan standard.
  • Pembangunan penjenamaan produk, pembungkusan, pelabelan, pematuhan keselamatan dan pasaran / keutamaan demografi.
  • Yuran pemindahan teknologi.
  • Peralatan, jentera, automasi dan mekanisasi.
  • Bahan mentah.
  • Aktiviti-aktiviti untuk promosi eksport.
  • Perlantikan rakan kongsi asing sebagai agen atau pengedar.
  • Khidmat nasihat kewangan, perniagaan, teknikal dan pemasaran.

Tempoh masa projek

Enam (6) tahun; iaitu dua (2) tahun untuk fasa pelaksanaan dan empat (4) tahun untuk bayaran balik.

 

Definisi Industri Kecil dan Sederhana

Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan telah  meluluskan definisi baharu IKS yang merangkumi semua sektor berkuat kuasa 1 Januari 2014 adalah seperti berikut:

Dua (2) kriteria asas yang digunakan bagi penentuan saiz IKS adalah jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa.

Definisi terperinci mengikut kategori adalah seperti berikut:

Sektor Pembuatan

Saiz Jumlah Jualan Tahunan Pekerja Sepenuh Masa
Mikro Kurang daripada RM300,000 Kurang daripada 5 pekerja
Kecil Di antara RM300,000 dan kurang daripada RM15.0 juta Di antara 5 dan kurang daripada 75 pekerja
Sederhana Di antara RM15.0 juta dan RM50.0 juta Di antara 75 hingga 200 pekerja

 

Bagi Sektor Perkhidmatan & Lain-lain

Saiz Jumlah Jualan Tahunan Pekerja Sepenuh Masa
Mikro Kurang daripada RM300,000 Kurang daripada 5 pekerja
Kecil Di antara RM300,000 dan kurang daripada RM3.0 juta Di antara 5 dan kurang daripada 30 pekerja
Sederhana Di antara RM3.0 juta dan RM20.0 juta Di antara 30 hingga 75 pekerja

 

Terma dan Syarat | Dasar MTDC | Peta Laman

Offical Website / Laman Rasmi Malaysian Technology Development Corporation © 2017