English | Bahasa Malaysia

Selamat Datang, Log-masuk

Login to Your Account

Enter you user id and password to sign in

Pengenalan – TAF

Dana Perolehan Teknologi (TAF)

TAF ditubuhkan bagi memudahkan syarikat-syarikat Malaysia yang layak memperolehi teknologi asing untuk dimasukkan segera ke dalam aktiviti pengeluaran syarikat itu. Geran separa TAF membolehkan syarikat-syarikat untuk mengelakkan peringkat pembangunan teknologi yang sering mahal dan berisiko.

 

Perolehan teknologi boleh jadi dalam bentuk perolehan pengetahuan / hak / pelan induk Harta Intelek berdaftar melalui salah satu daripada kaedah berikut:

  • Pelesenan teknologi; dan
  • Pembelian terus teknologi

 

Satu draf perjanjian membentangkan dengan jelas fasal (contohnya untuk yuran pelesenan, royalti, eksklusif, kawasan pasaran, arbitrati, tempoh, jadual pembayaran, pencapaian projek dan fasal keluar dan lain-lain) di antara Pembekal Teknologi dan Syarikat (PenerimaTeknologi) adalah wajib sebelum memohon geran TAF itu.

 

Kumpulan sasaran

Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) sahaja

 

Catatan:

* Definisi PKS mengikut Garis Panduan Definisi Baru PKS 2013 oleh SME Corp. Malaysia

 

Kriteria Kelayakan Asas

  • Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965;
  • Syarikat itu mestilah dimiliki sekurang-kurangnya 51% oleh warga Malaysia;
  • Syarikat itu layak sebagai PKS mengikut garis panduan definisi baru PKS 2013 oleh SME Corp. Malaysia;
  • Perolehan teknologi yang dicadangkan mestilah dari salah satu Kelompok Teknologi Keutamaan yang dikenal pasti oleh MOSTI;
  • Teknologi yang akan diperolehi mestilah Harta Intelek berdaftar (Paten / Hak Cipta / Reka Bentuk Perindustrian) dengan jumlah jualan yang terbukti dan penting di negara asal;
  • Pembekal teknologi mesti tidak memegang sebarang ekuiti dalam syarikat pemohon.

 

Jumlah pembiayaan

TAF menyediakan pembiayaan dalam bentuk geran separa dengan maksimum sebanyak RM4 juta:

  • Untuk pelesenan teknologi – RM2.8 juta atau 70% daripada perbelanjaan yang layak (yang mana lebih rendah).
  • Untuk pembelian jentera dan kelengkapan proprietari daripada pembekal teknologi – RM1.2 juta atau 50% daripada perbelanjaan yang layak (yang mana lebih rendah).

Nota: Sila berikan pecahan kos ke dalam pelesenan IP dan mesin dalam permohonan itu.

 

Perbelanjaan yang layak

Kos Perolehan Teknologi iaitu Pelesenan Teknologi atau Pembelian Terus Teknologi.

 

Bayaran Balik

Jumlah amaun yang diluluskan untuk jentera dan kelengkapan proprietari.

Pembayaran sifar faedah bermula dari tahun ketiga secara ansuran selama tempoh tidak lebih daripada 24 bulan.

 

Tempoh projek

4 tahun (2 tahun Pelaksanaan dan 2 tahun pemantauan bayar balik)

Terma dan Syarat | Dasar MTDC | Peta Laman

Offical Website / Laman Rasmi Malaysian Technology Development Corporation © 2017