English | Bahasa Malaysia

Selamat Datang, Log-masuk

Login to Your Account

Enter you user id and password to sign in

Perseimbangan Lengkap

Perseimbangan Lengkap

MTDC, syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad, terlibat dalam Pengurusan Dana, Perkhidmatan Inkubasi, Penasihat, dan Memupuk. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1992 untuk menggalakkan penggunaan teknologi oleh syarikat tempatan melalui aktiviti pengkomersialan ciptaan tempatan atau pemerolehan teknologi asing. MTDC telah menjadi pemain utama dalam pengkomersilan dan pengurusan dana Kerajaan sejak Rancangan Malaysia ke-7 dan ia juga mempunyai reputasi yang mantap sebagai pemain utama di Malaysia dalam mempromosikan syarikat berasaskan teknologi.

 

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, peranan MTDC telah diperluaskan bagi mewujudkan satu ekosistem yang berkesan untuk pengkomersialan teknologi tempatan – untuk melatih generasi Tekno baru melalui perkhidmatan asuhan yang komprehensif yang menyokong mereka sepanjang jalan dari buah fikiran makmal kepada pengkomersilan penuh.

 

Gabungan dedikasi, pengetahuan, teknologi, inovasi, keyakinan, sokongan, pelaburan dan memupuk menjadikan MTDC PERSEIMBANGAN LENGKAP – mewujudkan nilai dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Negara.

 

Visi dan misi

Visi Menjadi pembekal penyelesaian pengkomersialan bersepadu utama yang membangunkan syarikat teknologi Malaysia bertaraf dunia melalui perkongsian strategik.
Misi

Melahirkan, Memupuk dan Menggalakkan Syarikat Teknologi di Kawasan Teras Strategik

Memperkenalkan Budaya Prestasi Tinggi Melalui Pembangunan Kapasiti Pekerja

Memaksimumkan Pulangan Pihak Berkepentingan

Terma dan Syarat | Dasar MTDC | Peta Laman

Offical Website / Laman Rasmi Malaysian Technology Development Corporation © 2017