English | Bahasa Malaysia

Selamat Datang, Log-masuk

Login to Your Account

Enter you user id and password to sign in

Prosedur Permohonan HTDF

Pemohon boleh mengemukakan permohonan terus kepada MTDC. Waktu bekerja adalah dari pukul 9.00 – 6.00 petang, Isnin – Jumaat.

 

Pemohon dinasihatkan untuk memastikan bahawa semua dokumen adalah lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan dikembalikan oleh Pegawai Penilaian.

 

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

 

  • Borang Permohonan
  • Pelan Perniagaan HTDF
  • Salinan softcopy Pelan Perniagaan (dalam pendrive)
  • Senarai Semak Permohonan beserta dokumen-dokumen yang berkaitan

 

Pemohon juga dinasihatkan supaya mengguna-pakai format pelan perniagaan mengikut format standard MTDC.

 

Surat Pengakuan akan dihantar kepada pemohon untuk memaklumkan mereka tentang status permohonan syarikat

 

Satu (1) Salinan permohonan boleh dihantar kepada:

 

Ketua Eksekutif

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

Level 1, Block B

UPM-MTDC Technology Centre TIC III

Universiti Putra Malaysia (UPM)

43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan

(U/P: Jabatan Dana Halal)

Terma dan Syarat | Dasar MTDC | Peta Laman

Offical Website / Laman Rasmi Malaysian Technology Development Corporation © 2017