English | Bahasa Malaysia

Selamat Datang, Log-masuk

Login to Your Account

Enter you user id and password to sign in

Proses Penilaian – CRDF / TAF

Proses penilaian melibatkan tiga fasa utama yang mengambil purata dua belas minggu. Proses ini bermula apabila menerima borang permohonan bersama-sama dengan cadangan pengkomersilan / perniagaan terperinci dan dokumen sokongan lain. 

Fasa-fasa pemprosesan permohonan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

LANGKAH 1: Saringan

LANGKAH 2: Penilaian

LANGKAH 3: Kelulusan

 

Saringan Permohonan

Proses ini adalah untuk menentukan sama ada permohonan dan dokumen yang dikemukakan memenuhi kriteria kelayakan asas yang ditetapkan. Penyerahan yang tidak lengkap atau penyerahan tidak layak akan dikembalikan kepada pemohon.

 

Pemprosesan Permohonan

Fasa ini memerlukan penilaian yang menyeluruh untuk memastikan objektif projek yang dicadangkan dan keperluan lain adalah selaras dengan objektif Geran. Semasa proses tersebut, pemohon akan dipanggil untuk perbentangan dan perbincangan mengenai cadangan itu. Lawatan oleh Pegawai Penilaian ke premis syarikat itu juga akan dijalankan sebagai sebahagian daripada proses penilaian.

 

Kelulusan Permohonan

Setelah pemohon memenuhi semua keperluan, Pegawai Penilaian akan menyusun dan menyediakan laporan sebelum menyampaikan cadangan itu kepada Jawatankuasa Teknikal dana (TC) untuk pertimbangan dan seterusnya kepada Jawatankuasa Kelulusan (AC) untuk pengesahan yang disarankan oleh TC. Pemohon juga mungkin dikehendaki untuk membentangkan cadangan mereka kepada jawatankuasa berkenaan. Semua pemohon yang berjaya dan tidak berjaya akan dimaklumkan secara rasmi selepas keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Kelulusan.

 

Aliran Kerja Proses Permohonan

 

Soalan Lazim

S1: Apakah jangka masa yang diambil untuk memproses permohonan?
Pemprosesan geran mengambil masa lebih kurang 12 minggu sehingga kelulusan.

 

S2: Bagaimana jika syarikat yang memohon ialah syarikat yang tidak aktif?

Sebuah syarikat yang tidak aktif tidak boleh memohon geran. Hanya syarikat yang aktif dibenarkan memohon.

 

S3: Bagaimana jika Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan syarikat itu bukan rakyat Malaysia?
Ini bukan satu isu selagi ekuiti tempatan syarikat adalah sama dengan / lebih daripada 51%.
S4: Bolehkah syarikat yang mengumpul surat sokongan dari Menteri / Timbalan Menteri / Agensi untuk menunjukkan bukti sokongan untuk projek yang dicadangkan?
Sebuah syarikat boleh memberikan apa-apa surat atau dokumen sokongan yang difikirkan perlu untuk menyokong permohonannya bagaimanapun kejayaan permohonan bergantung terutamanya kepada merit cadangan itu.

 

S5: Modal Berbayar?
Modal berbayar syarikat itu hendaklah berpatutan dan setimpal dengan kos projek.
Q6: Adakah syarikat perlu membayar apa-apa caj perkhidmatan kepada MTDC bagi perkhidmatan yang diberikan semasa peringkat permohonan?

Tidak.

 

S7: Bolehkah syarikat melibatkan seorang perunding untuk bertindak dan memohon bagi pihaknya?
Tidak, syarikat perlu memohon terus kepada MTDC . Sila ambil perhatian bahawa MTDC tidak pernah melantik sesiapa atau mana-mana syarikat untuk bertindak bagi pihaknya.
S8: Bagaimana untuk memohon TAF atau CRDF?
Syarikat boleh mengisi borang secara atas talian atau secara manual dan mengemukakan permohonan berserta dokumen sokongan dengan tangan kepada MTDC pada waktu pejabat. Jika permohonan dibuat dalam talian maka semua dokumen hendaklah dikemukakan secara berasingan dengan tangan dalam tempoh 7 hari ke pejabat MTDC.
S9: Bagaimana syarikat boleh menyemak status permohonan selepas penyerahan?
Syarikat boleh menyemak status permohonan dengan menghubungi Jabatan Penilaian Geran di 03-21726032 atau hubungi / email Pegawai Penilaian yang diberikan.
Q10: Bolehkah syarikat memohon untuk lebih daripada satu geran?
Syarikat hanya boleh memohon untuk satu geran pada satu masa dari MTDC. Syarikat hanya boleh memohon geran lain selepas projek semasa mereka berjaya ditutup.

 

S11: Adakah perlu dibayar balik bantuan ini?
Tidak, kerana pemberian bukan pinjaman.
S12: Berapa lamakah tempoh perjanjian di antara MTDC dan syarikat?
2 tahun (Pelaksanaan dan Pemantauan)
S13: Bagaimana jika projek yang diluluskan tidak berjaya dikomersilkan?
MTDC akan memantau semua projek dengan teliti supaya projek tersebut berjaya dikomersilakan mengikut perancangan. Walau bagaimanapun jika projek gagal, MTDC mempunyai hak untuk membatalkan dan mendapatkan semula jumlah yang dibayar kepada syarikat melalui saluran undang-undang.

 

S14: Bagaimanakah MTDC mengagihkan geran kepada syarikat?
Semua pengeluaran kepada penerima geran atau vendor / pembekal dibuat melalui cek atau TT.
S15: Bolehkah syarikat meminta bayaran pendahuluan?
Tidak.
S16: Berapa lama syarikat tersebut akan mendapat dana selepas permohonan diluluskan?
Syarikat boleh mengemukakan tuntutan mereka kepada MTDC selepas mereka telah menandatangani perjanjian dana.

Terma dan Syarat | Dasar MTDC | Peta Laman

Offical Website / Laman Rasmi Malaysian Technology Development Corporation © 2017