English | Bahasa Malaysia

Selamat Datang, Log-masuk

Login to Your Account

Enter you user id and password to sign in

Proses Penilaian HTDF

Proses Penilaian

Proses penilaian melibatkan tiga fasa utama, yang mengambil masa lebih kurang dua belas minggu. Proses ini bermula selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap, pelan perniagaan yang terperinci dan dokumen sokongan lain yang telah disahkan.

Fasa-fasa pemprosesan permohonan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

  • Langkah 1: Saringan
  • Langkah 2: Penilaian
  • Langkah 3: Kelulusan

Saringan Permohonan

Proses ini adalah untuk menentukan sama ada permohonan dan dokumen yang dikemukakan memenuhi kriteria kelayakan asas. Dokumen yang tidak lengkap atau tidak layak akan dikembalikan kepada pemohon.

 

Penilaian Permohonan

Fasa ini memerlukan penilaian yang menyeluruh untuk memastikan objektif projek yang dicadangkan dan keperluan lain adalah selaras dengan objektif Dana Halal ini. Semasa proses tersebut, pemohon akan dipanggil untuk membentang dan berbincang mengenai cadangan projek. Lawatan oleh Pegawai Penilaian ke premis syarikat dijalankan sebagai sebahagian daripada proses penilaian.

 

Kelulusan Permohonan

Setelah pemohon memenuhi semua syarat, Pegawai Penilaian akan mengumpul, menyusun dan menyediakan laporan sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal (JT) untuk pertimbangan dan seterusnya kepada Jawatankuasa Kelulusan (JK). Pemohon juga boleh dipanggil untuk membentangkan cadangan projek kepada JT dan JK. Selepas keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Kelulusan, pemohon yang berjaya dan tidak berjaya akan dimaklumkan secara rasmi.

Terma dan Syarat | Dasar MTDC | Peta Laman

Offical Website / Laman Rasmi Malaysian Technology Development Corporation © 2017