English | Bahasa Malaysia

Selamat Datang, Log-masuk

Login to Your Account

Enter you user id and password to sign in

Sokongan Yang Tepat

Sokongan Yang Tepat

 

Pengurusan dana

Melalui Program Pembangunan Teknologi yang ditubuhkan sejak Rancangan Malaysia Ke-7, Kerajaan telah mengamanahkan MTDC dengan pengurusan 6 dana. Dana ini memberi sokongan kepada syarikat-syarikat tempatan, membantu mereka untuk meningkatkan kandungan teknologi, meningkatkan keupayaan, kemampuan dan daya saing:

 

Dana Perolehan Teknologi (TAF)

TAF ditubuhkan bagi memudahkan syarikat-syarikat Malaysia yang layak dalam pemerolehan teknologi asing untuk digunakan segera dalam aktiviti pengeluaran syarikat itu. Geran separa TAF membolehkan syarikat-syarikat untuk mengelak peringkat pembangunan teknologi yang mahal dan sering berisiko.

 

Dana Pengkomersilan R & D (CRDF)

CRDF menyediakan rangsangan tambahan untuk inovasi yang betul di kalangan syarikat milik rakyat Malaysia dengan menyediakan geran separa kepada projek-projek R & D yang layak. Geran ini akan membolehkan pengkomersialan penuh R & D tempatan yang dibangunkan oleh universiti / institusi penyelidikan atau sektor swasta.

 

Dana Pembangunan Teknologi Halal (Dana Halal)

Dana Halal direka khusus untuk membiayai dan memupuk syarikat-syarikat PKS dalam pertumbuhan jangka panjang dan eksport yang didorong aktiviti halal. Aktiviti adalah dipelbagaikan dan termasuk pembangunan, proses serta perkhidmatan produk halal.

 

Dana Perniagaan Permulaan (BSF)

BSF adalah bantuan pembiayaan sifar cagaran disasarkan kepada syarikat baru berasaskan teknologi berpotensi berskala untuk mengkomersilkan produk dan / atau perkhidmatan mereka. Objektif utama yang lain dana ini juga bertujuan menyokong dan menggalakkan keusahawanan dan mewujudkan perniagaan berasaskan teknologi baru, terutamanya dalam sektor pertumbuhan ekonomi. Antara harapan dana ini adalah menggalakkan inovasi dan meningkatkan penyertaan syarikat-syarikat teknologi baru yang berpangkalan di Malaysia dalam pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

 

Dana Perkembangan Perniagaan (BGF)

BGF bertujuan merapatkan jurang pembiayaan antara peringkat awal pengkomersilan dan pembiayaan modal teroka untuk syarikat-syarikat teknologi tinggi. BGF juga berfungsi sebagai program pembiayaan susulan yang mampu membantu syarikat-syarikat pertumbuhan tinggi berasaskan teknologi untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka, sebaik-baiknya dalam pasaran antarabangsa.

 

Dana Pengembangan Perniagaan (BEF)

Tujuan Dana Pengembangan Bumiputera (BEF) adalah untuk mempercepatkan pengembangan syarikat-syarikat Bumiputera berasaskan teknologi dengan menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat yang layak. Pengembangan perniagaan melalui BEF juga akan dilengkapi dengan perkhidmatan nilai tambah sedia ada yang disediakan oleh MTDC kepada semua penerima geran.

Selain daripada pengembangan perniagaan, dana itu akan membolehkan syarikat untuk membangunkan Nilai “komersial” untuk menjadikannya menarik bagi pembiayaan susulan oleh insititusi pembiayaan .Pembiayaan lain bertujuan untuk mewujudkan sekumpulan syarikat bumiputera ikon yang berjaya di peringkat antarabangsa yang telah menerima pembiayaan dan bantuan lain daripada Kerajaan.

Terma dan Syarat | Dasar MTDC | Peta Laman

Offical Website / Laman Rasmi Malaysian Technology Development Corporation © 2017