MTDC Notis Privasi 2020-05-11T08:02:04+00:00

NOTIS PRIVASI

English | Bahasa Malaysia

  1. Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
    1. Notis ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) (“Notis Privasi”). Ia menjelaskan jenis data yang kami kumpul atau telah kumpul dan bagaimana kami mengumpul data berkenaan, tujuan memproses data sedemikian, pihak-pihak yang kami dedahkan atau telah dedahkan data berkenaan serta pilihan yang tersedia kepada and termasuk bagaimana hendak mengakses dan membetulkan data peribadi sedemikian.
  2. Data Peribadi yang kami kumpul dari anda
    1. Apabila and mengarahkan kami untuk bertindak bagi pihak anda, kami perlu atau akan mengumpulkan, merekodkan, memegang, menyimpan, menggunakan dan/atau melaksanakan apa-apa operasi yang termasuk mengaturkan, merundingkan atau mendedahkan (“proses”) data peribadi anda yang mungkin akan turut melibatkan perkara-perkara berikut (“Data Peribadi”): –
      1. Nama, nombor pendaftaran kad pengenalan, nombor pasport, gambar, alamat e-mel, alamat pos, umur, nombor telefon, nombor telefon bimbit, butir-butir KWSP, butir-butir PERKESO, butir-butir cukai pendapatan, butir-butir pekerjaan dan latar belakang termasuk butir-butir pendapatan semasa dan yang lepas, butir-butir akaun bank, butirbutir kad kredit, taraf perkahwinan, jantina, kewarganegaraan, butir-butir anak, nama saudara mara dan pertalian persaudaraan termasuk butir-butir peribadi dan cara untuk dihubungi, minat/kegemaran peribadi, hobi, kemahiran, bahasa-bahasa yang diketahui, pendidikan dan lain-lain kelayakan, pencapaian, asal-usul etnik, butir-butir rujukan, rekod-rekod perubatan, keadaan atau kesihatan fizikal dan mental, pendapat/fahaman politik, kepercayaan agama atau lain-lain kepercayaan yang bersifat serupa, sabitan atau sabitan yang dikatakan akan sesuatu kesalahan, penyesuaian seks, jawatan pengarah dalam syarikat-syarikat, pegangan saham dalam syarikat-syarikat, aset-aset, penglibatan dalam prosiding-prosiding guaman termasuk maklumat atas prosiding-prosiding guaman tersebut, butir-butir pinjaman dan lain-lain transaksi kewangan, kedudukan kewangan, solvensi, pemilikan hartanah, butir-butir pendaftaran kereta dan maklumat berkaitan lain yang perlu dan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami.
  3. Bagaimana kami mengumpul Data Peribadi
    1. Kami mengumpul Data Peribadi menerusi beberapa kaedah yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:-
      1. maklumat atau komen yang anda telah bekalkan kepada kami melalui apa jua cara dan/atau apa jua kaedah; dan
      2. maklumat yang diperoleh sendiri oleh kami atau diberikan kepada kami oleh sumber-sumber sah yang lain.
  4. Tujuan bagi pemprosesan Data Peribadi
    1. Kami memproses Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:
      1. untuk mengesahkan identiti anda;
      2. untuk mempertimbangkan dan memproses permohonan/permintaan anda untuk produk atau perkhidmatan kami;
      3. untuk menyediakan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan seperti yang diminta;
      4. untuk sentiasa berhubung dengan anda dan menyediakan anda dengan maklumat yang dipinta;
      5. untuk memasuki transaksi perniagaan berkenaan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan dan disediakan kepada anda;
      6. untuk menjalin dan menguruskan dengan lebih baik apa-apa perhubungan perniagaan yang kami mungkin ada dengan anda;
      7. untuk memproses komunikasi yang dihantar oleh anda kepada kami (contohnya, menjawab pertanyaan dan menangani apa-apa aduan dan maklum balas);
      8. untuk membantu kami memantau dan memperbaiki prestasi rangkaian, produk dan perkhidmatan kami untuk menjadikannya lebih berkesan;
      9. untuk memaklumkan anda mengenai manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan/atau perkhidmatan kami;
      10. untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang akan dianonim atau diagregatkan dengan cara yang tidak mengenal pastikan anda sebagai individu or syarikat;
      11. untuk menyiasat, membalas atau membela tuntutan yang dibuat terhadap atau melibatkan syarikat kami;
      12. untuk menyenggara rekod-rekod yang diperlukan untuk tujuan keselamatan, tuntutan atau tujuan undang-undang yang lain;
      13. untuk mematuhi keperluan undang-undang, peraturan dan/atau pengawalseliaan yang relevan; dan
      14. untuk dan/atau berhubung dengan segala tujuan lain yang perlu dan/atau bersampingan dengan produk dan perkhidmatan kami dan segala tujuan yang perlu untuk atau berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas.
  5. Kepada siapa yang kami akan dedahkan Data Peribadi
    1. Semasa memproses Data Peribadi anda, kami boleh mendedahkan Data Peribadi sedemikian kepada orang-orang yang berikut termasuk akan tetapi tidak terhad kepada:
      1. jabatan-jabatan dalam syarikat kami termasuk mana-mana dari pekerja-pekerja kami atas dasar perlu ketahui;
      2. juruaudit-juruaudit, peguam-peguam, perunding-perunding, penanggung-penanggung insurans, penanggung-penanggung insurans yang dicadangkan, penasihat-penasihat, jurubank, ejen-ejen, pembekal perkhidmatan pihak ketiga, rakan-rakan atau sekutu-sekutu perniagaan;
      3. pihak-pihak berkuasa kerajaan, kuasi kerajaan atau pihak berkuasa seliaan di Malaysia dan di negara-negara di mana kami, juruaudit-juruaudit kami, peguam-peguam, penasihat-penasihat, jurubank, ejen-ejen, pembekal perkhidmatan pihak ketiga, rakan-rakan atau sekutu-sekutu perniagaan; dan
      4. semua orang atau badan lain yang membekalkan kepada kami perkhidmatan yang perlu dan/atau yang bersampingan dengan produk dan perkhidmatan kami.
    2. Kami boleh memproses Data Peribadi and termasuk menghubungi anda bagi tujuan yang dinyatakan di sini menerusi panggilan telefon, pesanan ringkas, e-mel, aplikasi pesanan mobil pelantaran silang, pos, faks, media sosial atau menerusi walau apa cara komunikasi tersedia yang boleh didapati.
  6. Perpindahan ke Luar Negara
    1. Kami boleh memindahkan Data Peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia semasa melaksanakan mana-mana dari tujuan yang dinyatakan di sini.
  7. Mengakses dan mengemas kini Data Peribadi Anda
    1. Di bawah Akta yang berkenaan, anda berhak untuk mengakses Data Peribadi kamu dan kamu boleh meminta agar kami membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau yang sangat lama melainkan penunaian permintaan anda itu ditolak di bawah Akta berkenaan. Kami akan memaklumkan anda mengenai sebab mengapa permintaan anda tidak dapat disetujui. Kami boleh juga melaksanakan budi bicara kami untuk membenarkan pembetulan yang diminta dan/atau boleh menghendaki keterangan dokumentari tambahan bagi data baru itu untuk mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan.
    2. Anda boleh juga menarik balik persetujuan anda atau menyekat tujuan dan kaedah kami memproses Data Peribadi anda dan data peribadi yang berkaitan dengan lain-lain orang yang boleh dikenal pasti daripada Data Peribadi anda.
    3. Sekiranya anda mempunyai apa jua soalan mengenai Notis Privasi kami atau anda ingin meminta akses kepada Data Peribadi anda atau membetulkan Data Peribadi anda ataupun menarik balik persetujuan anda atau menyekat tujuan dan kaedah akan bagaimana kami memproses Data Peribadi anda, anda boleh menghantar permintaan secara bertulis kepada alamat yang berikut:-
      Attn: Integrity & Governance Department
      Address: Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd
      Ground Floor, Menara Yayasan Tun Razak
      Jalan Bukit Bintang
      55100 Kuala Lumpur
      Tel. No.: +60321726000
      Email : ceo.office@mtdc.com.my
      Fax No.: +60321637570
    4. Sila ambil perhatian bahawa meskipun penarikan balik persetujuan anda, kami masih boleh memproses Data peribadi anda di bawah keadaan–keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang.
  8. Kami akan mengemas kini Notis Privasi kami dari masa ke semasa
    1. Kami menyemak dan mengemas kini Notis Privasi ini dari masa ke semasa untuk menunjukkan perubahan dalam undang-undang dan amalan perniagaan. Kami menasihatkan anda untuk mendapatkan versi terkini Notis Privasi kami dengan menghubungi kami atau melawat kami di laman sesawang kami untuk memastikan agar anda mengetahui versi terkini. Dengan meneruskan untuk memberi arahan kepada kami selepas membaca Notis Privasi kami yang terkini, anda dianggap sebagai telah menerima dan menyetujui semakan semula serta pengemaskinian yang terkandung di dalamnya.
  9. Kesan Ketiadaan Data Peribadi
    1. Sila dimaklumkan bahawa sekiranya Data Peribadi anda tidak dibekalkan atau yang dibekalkan adalah tidak memadai, arahan-arahan anda mungkin tidak akan diterima atau permintaan anda untuk melayari maklumat di laman sesawang kami mungkin dinafikan.
    2. Sila ambil perhatian selanjutnya bahawa jika anda menarik-balik permintaan anda atau menyekat tujuan dan kaedah-kaedah kami memproses Data Peribadi anda, kami berkemungkinan tidak akan dapat meneruskan untuk bertindak atas arahan-arahan anda.
  10. Data Peribadi Pihak-pihak Ketiga
    1. Anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan dari orang (orang-orang) yang mana data peribadinya boleh diberikan kepada kami oleh anda atau dikenal pasti daripada Data Peribadi anda yang boleh diproses oleh kami bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini termasuk pendedahan kepada pihak-pihak yang dinyatakan di sini.
  11. Persetujuan Anda
    1. Sila ambil perhatian bahawa dengan memberikan kami persetujuan anda, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan kami untuk memproses/meneruskan pemprosesan Data Peribadi anda selaras dengan yang dinyatakan di sini.