Belanjawan 2024: Ekosistem Syarikat Permulaan, Teknologi Baharu, STEM Dalam Cadangan MOSTI

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merancang untuk mempertingkatkan ekosistem syarikat permulaan, teknologi baharu muncul dan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam pembentangan Belanjawan 2024.